Friday, May 27, 2011

Fever Nora Elena vs Kasih Yang Suci

Nora Elena..Siapa sangka, drama yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 9 Mei 2011 (kelmarin) di Slot Akasia TV3 berjaya menarik hati orang ramai termasuk diri ku nie untuk terus menonton Drama Nora Elena ni.. Balik kerja pun sharp2 then mandi awal hanya kerana nak tengok Drama Nora Elena ni..Adaptasi Novel Kasih Yang Suci... Rasanya demam dah melanda seperti yang berlaku pada cerita Adamaya dulu..

Sedikit sinopsis cerita Nora Elena....

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!


No comments: